Pergi

0

Terlalu banyak yg dicoretkan
Buat dia

Smpai pada satu ketika yang tidak ditarikhkan..
Dia pergi…
Hilang…
Dan terus menjauh…

Biarkan…
Kerana itu yg terbaik…
Untuk aku, dia dan mereka…

Advertisements

JANGAN JADI MALAS!!!

1

hari ini tanggal 21 FEB 2013, bermakna sudah hampir 10 bulan blog ni terbiar….. sempena bulan baik, hari baik, tahun baik ni dengan rasa semangat, keinginan, keghairahan dan sedikit kepoyoan aku akan sentiasa cuba merajinkan diri untuk menulis…

rasanya ini adalah entry ke empat aku pasal rasa nak menulis ni tapi kesudahannya tetap hampeh…dimanakah silapnya??? poyo hari ni aku nak buat kaji selidik kenapa blog ni bersawang dan terbiar tanpa kasih sayang

mungkin ke sebab:-

1) aku busy mengalahkan PM?

Ish…ish…ish…kronik sangat alasan ni….takkan la busy sangat aku ni….walaupun kerja dalam bidang penyiaran ni memang agak sibuk kadang-kadang wat2 sibuk tapi tak delah sampi tak de masa, aku bukannye keje 7 hari 7 malam sampai orang kata tu tak de live….sempat je aku p enjoy2 ngan kengkawan men bowling, karok, tgk wayang, p sana p sini tapi kenapa aku tak peruntukkan sedikit masa aku untuk menulis, lagipun aku kan antara pelajar yang mendapat markah tertinggi kalau bab-bab wat karangan ni tetiba. jadinya, alasan ni tak berapa kukuh…

2) tak tau nak citer pasal ape

macam-macam dalam kepala ni nak citer, bukan nak bagi orang baca sangat pun..kadang-kadang just untuk kepuasan diri sendiri, pastu agak-agak lupa boleh baca blog sendiri sebagai rujukan tapi kena tetap tidak menulis??? gagal

3) MALAS

tak payah nak describe memang ni alasan paling kukuh…satu benda je aku rasa antara penyebab graf hidup aku agak slow sikit sebab MALAS…dan beberapa siri kegagalan yang pernah berlaku dalam hidup aku adalah kerana penyakit ni….bahaya betul penyakit aku ni,..dasyat betul…syaiton syaiton…sampai ada satu ketika aku cari doa-doa untuk hilangkan malas, tapi kalau setakat cari tak amalkan nak watpe ye dak?

 

ini memang waktu yang tepat, memandangkan aku pun masih muda muda ke tibalah masanya untuk MALAS itu digantikan dengan SANGAT RAJIN… memang banyak manfaatkan kalau aku lebih rajin sebab aku tahu otak aku ni memang bijak perasannyaaaaaaaaaaa tapi sayang disebabkan penyakit malas aku tak gunakan otak yang dikurniakan ni sebaik mungkin…banyak lagi ruang-ruang otak yang belum aku gunakan….jangan sampai nikmat ni ditarik balik baru aku nak menyesal…time tu memang padan la muka aku kan….

 

“kejayaan dengan usaha adalah satu kepuasan, kejayaan tanpa usaha adalah satu kebetulan” – ayat ni kawan duk sebelah aku masa form 5 yang bagi dan aku ingat sampai sekarang… dan aku dapat rasa kenapa kata-kata ni dia bagi kat aku masa kitaorg nak SPM… 

 

dan baru sekarang aku rasa sangat terkesan dengan kata-kata itu….aku perlu berusaha dan bukan semata-mata mengharap takdir menyebelahi aku untuk mencapai kejayaan….

 

*sedang mencari sesuatu untuk jaminan masa hadapan* 

kembali bersama semangat baru!!!!

0

setelah dihitung dicongak, hampir 8 juta tahun tak menulis di sini….. overrrrrrr ko kan!!!!

saya perlu ada matlamat bagi memastikan sesawang tidak terus bermaharajalela di blog yg super kiut ni…..huehue…. 🙂

8JUTAJAMDUKDEPANPCNIPUNLUMTENTUTAHUAPAYANGSAYANAKKONGSIKAN

 

OKBAI!

aku ni ingin jadi apa?

0

Darjah 1- “cita-cita awk nk jd ape?”. “Doktor” “kenapa” dpt tlg org,dpt berbakti pd masyarakt”

Jawapan itu kekal begitu 6tahun lamanya…

Tingkatan 1 – “cita-cita awak?””Bisneswoman sbb 9\10 punca rezeki dr bidang perniagaan”

Jawapan itu bertahan hanya setahun

Dan tahun-tahun selepas itu jawapan itu sentiasa berubah mengikut keadaan

“Akauntan sbb sy minat dgn no”
“Ahli famasi sbb sy blh kaji ttg ubat-ubatan”
“Wartawan sbb sy teringin nak wat liputan berita di luar negara”
“Pakar psikologi sbb sy blh selesaikan masalah orang”

Sebenarnya,mahu jd apa?

19tahun- bulatkan hati menceburi industri seni – perasan sendiri punya idea yg kreatif, punya gaya penulisan tersendiri, kembang diri bila asgmnt d puji, perasan sendiri pasti alam pekerjaan nanti mudah dilalui….

21tahun- pratikal d sebuah production house..puji dri sendiri, komited,rajin, tidur d opis bagaikan rutin, ye,dunia begini yg sy inginkan – kata pd dri sndiri..bos puji – pasti dpt tmpt bekerja di sini -perasan sendiri

Awal 22tahun- 3 pilihan dberikan…stiap satu punye klebihan dan kekurangan…pilihan ke-3 dtrima, perasan sndri bl pilihan ke-3 mampu d penuhi, pasti pilihan 1 itu mampu d miliki…2 minggu bersama pilihan ke-3 semua nampak sempurna…selepas itu..diam… “Xyala ajak Zatul tu,die pun sibuk dgn kje die” da fham knapa diam…suara sumbang itu memusnahkan kesemua 3 pilihan itu!

2tahun teruskn hidup tnpa cita-cita…ntah,mlayang ke mana…cuba pelbagai cara tuk mengejar cita-cita…dan,peluang itu datang…

Tapi,sejauh mana mampu bertahan bersama cita-cita yang dbulatkan 6tahun yg lalu?

…….Pasti ada jalan……..

secret admire….

0

pernah admire kat someone???

jika soalan itu ditujukan pada aku pasti jawapannya YA!

perigi mencari timba….dengan wajah yang over kiut xmungkin la aku berterus terang yang aku suke gilerrrrrr kat die! cari pasal!!! sah2 kena reject!!

so, melihat dia bahagia pun da cukup baik… ahhh, yeke??

jgn tipu! mesti ko rasa sakit hati je bl die bahagia tapi bkn dengan ko kan!!!….giler psiko!!

selama mana anda boleh admire kat seseorang??

setahun? 2 tahun?? 3 tahun?? 7 tahun???

atau mungkin saja saat dia berada dekat dengan anda sahaja?? selepas dia pergi ntah ke mn perasaan tu hilang…

hampir saja aku lupakan dia…. tapi kecanggihan teknologi menemukan kembali aku dgn dia!!

pernah tak rasa – walau anda sudah berpunya tapi masih mengharap pada dia??? ko gilerrrrr!!!!

 

 

pasti aku ingat

semua…

dan…ko takkan percaya…

setiap detik kita…aku igt semua….

walau seminit…aku igt….

semua….

ko takkan percaya….

hari itu…ntah kenapa begitu…

ko takkan percaya….

pasti aku akan ingat semua….

pergilah walau berjuta batu jauhnya…

aku akan ingat semua!

 

tapi kata orang belum cuba belum tahu, ntah2 die pun suke kat ko! ahhhhhh…itu lagi gilerrrrr!!!!

 

..keyboard mania….

0

menulis dengan matang…

tak salah kot menyuarakan pendapat di medan penulisan… di alam maya…

sekarang ramai menggunakan medium facebook, twitter, blog untuk berbicara – menyuarakan pendapat dengan intonasi yang berbeza2….

mungkin saja intonasi sang penulis bersifat lembut tapi mungkin saja sang pembaca membacanya dengan intonasi yang kasar….

apa sahaja…. tapi benarlah berfikir sebelum menulis……

kdg2 ruangan maya boleh mencetuskan satu hal yang tidak terjangka oleh sang penulis….

lihat sahaja berapa banyak komen di facebook, twitter dan blog sudah mencetuskan kontroversi….pasti sang pencetus kontroversi juga punya alasan sendiri…..

aku juga pernah menjadi sebahagian dari itu…. lebih dari sekali…

adakah bicara melalui keyboard tidak lagi relevan?

…… aku tiada jawapan untuk itu….mungkin anda?